Sejarah PIJ Manufacturing

1995 - Pengkorporatan PKEINJ

Sejajar dengan pengkorporatan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ), kesemua aktiviti bisnes telah distruktur semula dan dipindahkan di bawah syarikat induk Perisind Holdings Sdn. Bhd. (kini - PIJ Holdings Sdn. Bhd). Sebagai sebuah syarikat anak Kumpulan Perisind Holdings, Perisind Manufacturing Sdn. Bhd. bertanggungjawab di dalam sektor perkilangan.

2009 - Penjenamaan Perisind Manufacturing Sdn. Bhd. kepada PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.

Pada Ogos 2009, Perisind Holdings telah dijenamakan semula kepada PIJ Holdings Sdn Bhd, selaras dengan nama pemiliknya, Perbadanan Islam Johor (PIJ). Sehubungan dengan itu, kesemua anak syarikat dalam kumpulan turut melalui proses tersebut. Perisind Manufacturing Sdn Bhd dijenamakan kepada PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJM).

2014 - Pembukaan kilang ekstrak Aloe Vera di Setia Business Park, Gelang Patah

PIJM mula beroperasi di kilang pertama terletak di Setia Business Park, Gelang Patah pada tahun 2014.

2017 - Berpindah ke POIC Halal Park Complex di Tanjung Langsat

Bagi perancangan jangka panjang, PIJM telah berpindah ke POIC SME Factory (Halal Park) di Tanjung Langsat pada 1 Januari 2017.